LAMAN MAYA
Di Laman Ini Laman Lain

RAMADHAN AL MUBARAK DAN EIDUL FITRI 1434/2013

Pihak AJK Persatuan Penduduk Mengucapkan SELAMAT MENNYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN - Semuga perjalanan pulang dan balik tuan sekeluarga didalam lindungan Allah -Amin
SELAMAT HARI RAYA Pictures, Images and Photos Selamat Menyambut Ramadhan.

Semoga Ramadhan AL MUBARAQ INI membawa keberkatan kepada kita dan mengukuhkan ukhwah yang terbina....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM KHASNYA  SEMUA PENDUDUK
TAMAN IMPIAN BUKIT NAGA DARIPADA  AJK PPTIBN .

MAKLUMAT LANJUT - KLIK DISINI
Panduan/Tips Meninggalkan Rumah Balik Raya... Tradisi `balik kampung‘ untuk berhari raya bersama keluarga dan sahabat handai adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh umat Islam setiap tahun. Namun keghairahan untuk bercuti lazimnya akan membuatkan kita alpa atau terlupa sesuatu yang mudah tetapi penting dalam memastikan ketenteraman minda semasa berada di kampung halaman. Beberapa perkara seperti keselamatan harta benda yang ditinggalkan serta aspek kebersihan perlu dipertimbangkan. Bagi membantu memastikan anda dapat bercuti dalam suasana tenang dan ceria, amatilah beberapa panduan berikut sebelum pulang ke kampung. 1) Memaklumkan Balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda. (Borang Meninggalkan Rumah Pihak Polis) 2)Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan. (Memasang alarm kepada yang berkemampuan) 3)Memasang lampu di hadapan & belakang rumah. Sebaiknya lampu yang ada sensor atau timmer. 4)Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak. 5)Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada. Memaklumkan kepad jiran bahawa anda balik kampung, terutama kepada jiran yang bukan beragama Islam. 6) Lakukan pemeriksaan terakhir dengan memastikan semua pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau. 7)Pastikan semua peralatan dan perkakasan elektrik dimatikan, gas memasak ditutup bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. 8)Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah. 9)Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni. 10)Jangan tinggalkan wang atau barang-barang kemas dalam rumah. Bawa bersama anda atau simpan dalam bank atau peti besi keselamatan anda. Semoga dengan beberapa tips dan panduan yang diberikan kita dapat pulang bercuti raya dalam keadaan tenang dan aman..mudah-mudahan bila kita pulang semula nanti rumah dan harta benda kita selamat dan semoga kita bergembira menyambut raya nanti....
 

Info Pertubuhan Persatuan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau ROS adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mengendalikan pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan dan parti politik. Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, sesebuah pertubuhan adalah didefinisikan sebagai mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh orang atau lebih, tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal tetapi tidak termasuk badan-badan yang perlu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis seperti syarikat, koperasi, kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukan dan lain-lain. .