LAMAN MAYA
Di Laman Ini Laman Lain

24 May 2010

Definisi Kejiranan.

HAK-HAK JIRAN YANG PERLU ANDA TUNAIKAN.

Dipetik daripada "Bimbingan Mukminin" Imam Al-Ghazali.

1. Mula memberi salam kepadanya.
2. Tidak terlalu banyak bertanya tentang hal –ehwalnya.
3. Menziarahi apabila ia sakit dan melawatinya apabila ia meninggal dunia.
4. Turut merasakan kesusahan apabila ia sedih dan menunjukkan rasa gembira apabila ia bergembira.
5. Sama-sama menyertai jiran ketika ia dalam kesusahan dan kegenmbiraan.
6. Memaafkan segala kesalahan dan kekhilafannya.
7. Tidak menunjukkan pandangan ke dalam rumahnya sehingga boleh menampakkan auratnya.
8. Tidak menyusahkan perasaannya.
9. Tidak menyempitkan jalan menuju ke rumahnya.
10. Tidak menujukan pandangan kepada segala yang dibawa ke dalam rumahnya.
11. Menutup segala keaiban dan dan kecelaan yang dilakukannya.
12. Meringankan daripada malapetaka yang menimpanya.
13. Tidak terpedaya dengan kata-kata orang terhadapnya.
14. Menghormati isteri dan pembantu wanita yang bekerja di rumahnya.
15. Bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya.
16. Memberi tunjuk ajar apa yang tidak diketahui mengenai agama mahupun akhirat.

No comments:

Post a Comment

 

Info Pertubuhan Persatuan

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau ROS adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mengendalikan pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan dan parti politik. Di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966, sesebuah pertubuhan adalah didefinisikan sebagai mana-mana kelab, perkongsian atau persatuan yang mengandungi tujuh orang atau lebih, tidak kira apa jua jenis atau tujuannya, sama ada sementara atau kekal tetapi tidak termasuk badan-badan yang perlu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis seperti syarikat, koperasi, kesatuan sekerja, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukan dan lain-lain. .